Hi guys..

Feel free to leave your comments..

Thursday, April 29, 2010

genap 5 tahun..

..hari ni 29 April 2010, genap 5 tahun pemergian Tok Wan. walaupun telah 5 tahun, aku masih lagi menangisi pemergian Tok Wan. untuk apa aku menangis? sedangkan aku tahu Tok Wan takkan kembali. mungkin aku menangisi kekesalan yang tidak berkesudahan dalam diriku.. sampai bila? ntahlah.. aku pun tak tahu..

semoga Tok Wan tenang di sana. Al-Fatihah buat Tok Wan.

Thursday, April 22, 2010

Hannah dah discharged..

..Alhamdulillah Hannah dah discharged ptg semalam. tp next tuesday kena follow up.

Wednesday, April 21, 2010

WTF !!!!

bengang giler ngan pakcik sorang ni!!! dia yg suh wat miting ari ni lepas menteri setel. aku dh agak x jd. menteri biasa la kan. mesti drag je miting. aku x kisah batal tp bertanggungjawab la sket pakcik oiiii... memang ko takde telo la! ada telo pon telo pindang!! dia blah cmtu je sedangkan aku dh psg laptop n projektor. a** h** betol! dah la aku x tido nak siapkan keje pekeliling tu dgn hannah sakit lg. kalu tau aku ikut je kepala hotak aku xnak dtg. yy dah tlg bengang utk aku. zurai pon kesian kat aku. itu la bos yg x pakai otak. otak ade kat dlm telo pindang kot. #^&%@*%*&#*#((*#(#*&(*_(**&**#&*&###$%#@&&!!!!

Hannah oh Hannah..







18 April 2010 (Ahad)
Hannah bangun pagi menangis sebab susah sikit nak bernafas. tapi lepas dudukkan dia, dia ok sket. boleh nyanyi2 & gelak2 lagi. around 0830 bawak gi Salam Medical Centre kat Shah Alam. dr kata xde pape. cuma tekak merah. tapi aku n husband suspect krup, mcm yg Hannah penah kena sebelum ni.
19 April 2010 (Isnin)
around 0330, Hannah menangis lagi. kali ni sesak nafas dia teruk. dada berombak sgt.. terus bawak ke Salam Medical Centre. sampai sana aku harap dr kasi gas. tp sama gak mcm dr pg semalam ckp.. tekak merah je. dia sesak nafas sebab temperature panas sgt. kepala hotak dia! aku still yakin yg Hannah kena krup.
around 0730, aku & husband bawak Hannah ke Az Zahrah Islamic Medical Centre. terus dr Nazim attend. mmg confirm Hannah kena krup. dr terus kasi gas & kena hospitalised. kesian... bila tanya "Hannah kita kat mana ni?" Hannah jawab, "Kita kat Alamanda la." kecik lagi dah kena masuk wad. start pada tu la Hannah menjalani rutin as a patient. mkn ubat, check temperature, check oksigen, amik gas, sponging etc. but Hannah still as happy as usual.
20 April 2010 (Selasa)
kul 0800 Hannah bangun, terus aku mandikan dia. she was not very happy. lepas pakai baju dia mintak nak tido. dia kata dia pening & demam. ok la.. aku biarkan dia tido sambil aku habiskan keje mengarang surat pekeliling aku. abis je buat keje aku, around 1100, aku rasa badan Hannah panas sgt. terus mintak nurse amik temperature.. 39.9degree.. tinggi tu!!! terus nurse masukkan ubat bontot & buat sponging. kesian sangat.. temperature Hannah turun naik for the whole day.. aku tanya dr kenape lak ari ni blh demam. dr kata itu puncak serangan virus sbb tu demam tinggi.
around 2030, x-teacher Hannah datang tgk Hannah. Farah, Ain sefamily kecuali Ika sbb dia gi dating. siap bawak present lagi. susah2 je. lepas je dorang balik, Hannah demam lagi.. 39.2degree. aku mandikan dia & buat sponging sket sampai temperature turun.
21 April 2010 (Rabu)
around 0615 aku mandi & bersiap utk ke office. pegi gak la sbb ada meeting surat pekeliling. YY dah kecut. malas nak cite psl YY. nnti aku bengang. masa aku bersiap gak Hannah bgn. pastu pepagi lagi nurse dah kasi 4 jenis ubat utk dia makan. siannn... so far Hannah tak demam pagi ni. tapi td nurse amik sampel air kencing. hopefully xde apape la. kul 0730 husband aku sampai. dia lak jd baby sitter. hopefully sume ok & Hannah blh balik ari ni. kesiannnn sgt.
Notes : Krup (Croup) - radang kotak suara. jarang berlaku.
- simptom - batuk yg kosong & sesak nafas.

Thursday, April 15, 2010

tinggal kenangan..

tiba-tiba aku terpanggil untuk menulis.. menatap rumah usang ini, terkenang kata-kata terakhir tokwan aku kepada opah pada 25 April 2004.. "sempat ke tak nak tengok nani kawin." dan itulah kali terakhir aku berjumpa dengan tokwan sehingga aku mendapat panggilan daripada mak..

mak : nani.. tokwan dah takde..
aku : tokwan takde? tokwan pegi mana? (dengan bodohnya aku bertanya)
mak : tokwan dah takde.. dah meninggal..

terkedu aku seketika. terasa dunia berpusing, anggota badanku lemah.. ketika itu juga ingatanku melayang 3 hari sebelum itu.. 3 hari sebelum itulah tokwan dan opah berada di rumah mak abah aku kat shah alam. aku memang berniat nak jumpa dorg weekend tu. tapi entah kenapa, tokwan ajak opah balik 2 hari sebelum dia pergi. katanya nak bawak opah pegi klinik, sian lutut opah sakit balik. pada hari ke3 (hari tokwan meninggal), sebelah siangnya tokwan begitu tekun mengemas rumah. katanya nanti senang anak-anak & cucu nak berkumpul. dari pagi sampai petang dia berkemas seluruh rumah. malam tu, sebelum tokwan ke masjid untuk solat Maghrib & Isyak, tokwan cakap kat opah nak beli limau. opah angguk je. lepas solat Isyak, tokwan pun meneruskan hasrat untuk membeli limau tapi duit tertinggal. tokwan pun ke rumah anaknya (mak sedara aku) yang terletak dekat dengan masjid. masa naik bukit tu, enjin motor termati. tokwan cuba hidupkan motor tu beberapa kali & akhirnya tokwan rebah. nasib baik ada mamat kat seberang jalan nampak & terus menuju ke arah tokwan. masa tu tokwan dah lemah. mamat tu terus bgtau mak sedara aku & terus bawak tokwan ke klinik berhampiran. malangnya.. tokwan disahkan menginggal dalam perjalanan ke klinik....

aku terkilan.. terkilan yang amat sangat sebab aku tangguh untuk jumpa tokwan. aku terus lupakan berita gembira aku dapat masuk kerajaan. aku batalkan date dgn tunang aku untuk celebrate besdey aku keesokannya. aku terus balik shah alam dengan deraian air mata. malam tu jugak aku sekeluarga balik ke kampung. betul kata tokwan.. senang anak cucu berkumpul. untuk apa? rupanya untuk menangisi pemergian tokwan. Al-Fatihah.. semoga roh tokwan ditempatkan di kalangan orang beriman & dicucuri rahmat. nani mintak maaf, tokwan. nani sayang tokwan. sayang sangat.

so korang.. hargailah orang yang korang sayang masa dorang ada. jangan jadi macam aku. aku hargai tapi aku leka dengan dunia aku. sampai bila2 pun aku tak dapat maafkan diri aku.

sedih..

..pagi semalam aku dapat berita kucing kesayangan adik ipar aku, Johnny mati. kesian.. masa sakit teruk, dia survive. dah sampai masa nak mati, sakit kejap je pagi tu, terus mati.. mesti adik ipar aku sedih sgt. kucing tu dia selamatkan masa kat hostel kat Unisel Btg Berjuntai, 3 yrs ago. xpe la.. biar dia pergi..

....teringat Nopy.. kucing yang manja sangat dgn aku, mati sebab sakit FIV, after 3 yrs survived. sedih... pergilah Nopy, drpd siksa tanggung sakit..
notes : picture of my Nopy

Thursday, April 8, 2010

8 years of declaration..























...Happy Declaration... ari ni 8 taun dah declaration aku n abe saye aku. tak sangka dah 8 taun. masa tu dating kat 1 Utama, Dave's Deli (skang dave's deli tu dh pindah ke wing baru, yg lama tu dh jd kedai bah kut teh). masa abe saye aku meluahkan perasaan, hanya Tuhan je yg tau betapa berbunga2nya hati aku.. heheh..mcm x penah bercinta sblm tu. tapi.. bukan nak kata apa.. perasaan masa tu lain sgt dgn couple2 sblm ni. mungkin itu la yg dinamakan jodoh. dgn muka aku yg merah sbb kemalu2an (husband aku la ckp), aku x sanggup menatap wajah boipren aku (masa tu) sbb terlalu malu. heheheh.. poyo je..

walau apa pun... semoga jodoh kitorg berkekalan hingga ke akhir hayat..

Monday, April 5, 2010

monday oh monday..

ari ni aku lmbat giler masuk opis.. kul 1430 beb! sebab apa? bukan suka2 aku je nak dtg opis lmbt giler cmtu. tp Hannah demam. kul 0100 td panas giler bdn die. apa lagi dgn kemahiran & kepakaran yg ade, aku pon menyumbatkan ubat demam melalui saluran penyahtinjaan Hannah. sib baik aku terer.. hahah riak la pulak. Astaghfirullah..
hmm.. slalu la demam ari senin, pastu time aku mmg xleh nk cuti sbb ada keje urgent. sib baik la che' abang aku xde hal. so dia la jd baby sitter lepas balik Az Zahrah td. tu laaa... bersuka ria sgt Hannah kat PD ari tu. pantang jumpa air. x puas main laut, mandi kat swimming pool. x puas lagi mandi dlm bath tub laks.. mmg la hantu air anak aku ni. agaknya ni la penangan mkn biskut tiger n mandi laut masa pregnant dulu. hehehehhh..
malam ni, apa lagi. terpaksa la pos laju Hannah ke rumah ibu/bapa/penjaga aku kat Shah Alam. suka la warga umah tu..

Saturday, April 3, 2010

keje.. keje..

..ari ni aku kat Le Paris Hotel, PD. dari khamis malam dah aku lepak kat sini. buat apa??? Mesyuarat Penilaian Tender/Sebut Harga laaaa... suka beno wat weekend. tapi sib baik la ce' abang aku ikut. katanya nak bawak Hannah jenjalan.
..skang ni aku tengah melanguk kat bilik meeting sbb turn aku dah abis pg td. ngantuts siot.. xpe la.. SYMP kan. buat je la.
..ok la buhsan laks aku baca apa yg aku tulih. sambung ari lain la.