Hi guys..

Feel free to leave your comments..

Monday, November 15, 2010

What the #$^&#!!

bengang gile aku ngan pompuan nih!! ko apasal ha?? tak pasal2 nak moody2. malas la layan org mcm ni. sakit jiwa. kejap ko ok, kejap ko *&^$%*^$!! tapi kalau ngan jantan.. amboiiiiii.... jgn sampai aku hangin. kang mampos aku kerjakan.

AAAAAAAAAAAAARRRGGHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH !!



by SUDIPCOMEL

29 Ogos 2010

jam 8.30am aku sakit perut.. rasa mcm nak period tapi memulas2 yg luar biasa. mak mertuaku kata kalau sakit pergi klinik. aku biarkan aje sebab aku ingatkan false alarm je. tapi, aku musykil jugak sebab sakit kali ni lain sgt. setiap 10 minit sakit perut memulas2. namun, aku cuba buat tak layan sebab aku konfiden bukan sakit nak bersalin, sebab masa Hannah dulu lewat seminggu lebih.
jam 10.30am, sakitku makin menjadi2. melarat ke pinggang sampai aku takleh berdiri lelama. last2 mak mertua aku suh pegi Az-Zahrah. sepanjang perjln ke Az Zahrah, perut aku makin sakit. aku gagahkan juga utk tahan. husband aku dah risau sbb tak pernah tgk aku sakit mcm tu. sampai di Az Zahrah, bidan dtg tgk & dia suruh aku masuk wad sbb belum cukup bulan lagi. baru 33 minggu. tapi aku cakap sakit sgt & dia pun panggil Dr Fazlina. dr Fazlina check bukaan.. 6 cm !! terkejut aku.. terus dia suruh refer ke hospital Putrajaya sbb tak cukup bulan, takut baby kena duk dlm incubator. equipmt kat Az Zahrah xde utk baby yg x cukup bulan.

sekali lagi husband aku kelam kabut drive ke Putrajaya. kebetulan masa nak gerak, mak n abah aku sampai, terus amik Hannah. sepanjang perjln ke Putrajaya, sakitnya Allah saja yg tau. rasa mcm nak bukak pintu keta n berguling tgh jln. ini la sakit yg paling sakit yg pernah aku rasa. sampai di hospital Putrajaya, aku terus masuk labour room. dlm sakit2 tu nurse n doktor sibuk tanya. rasa nak terajang pun ada sbb sakit sgt, byk tanya lak. dorg tanya sbb nak tau la history aku.. ni sume gara2 husb aku lupa kasi surat refer yg dr Fazlina kasi tadi.

around 1.10pm, aku mula meneran. dalam 1.30pm, Zharif Haidar selamat dilahirkan secara normal dgn berat 2.3 kg, tak perlu masuk incubator. Alhamdulillah.. aku bersyukur sgt sbb dipermudahkan urusan aku bersalin. jln tak jam, labour room x ramai org.. sakit pun sekejap. yg paling aku lega, husb aku sempat tengok baby sebelum dia berangkat ke Netherlands.. Alhamdulillah..

note : gambar ni masa Zharif 2 bulan, berat 5.1 kg..