Hi guys..

Feel free to leave your comments..

Monday, November 29, 2010

Sedarlah..

Alhamdulillah.. itu je yg aku mampu ungkapkan lepas abah selesai jalani engiogram test. doktor kata jantung abah ok, ada la sempit sikit saluran tapi boleh treat dgn medicine. so, skang ni doktor nak treat nadi abah lak. tapi still xleh buat sbb jantung abah masih bengkak. kena tunggu surut dulu.

sebenarnya, kes abah ni jarang berlaku. abah ni kira kes kedua kat SDMC (formerly known as SJMC). nadi abah bergerak terlalu laju, macam kita berlari. tapi jantung abah slow. so, agak bahaya sbb bila2 masa blh collapse doktor kata. doktor kata macam short circuit.. ntah aku pun x faham sgt term penyakit ni. sbb tu abah kena duk kat CCU (coronary care unit). sabtu ari tu abah dah boleh balik rumah. nadi abah dah turun. tapi abah kena rest yg cukup utk sebulan setengah. pastu abah kena gi follow up utk treat nadi pulak.

walau apapun, aku bersyukur ke hadrat Ilahi kerana abah selamat. aku betul2 insaf dan sedar bahawa aku tak mampu kehilangan abah. mak aku ckp, "Allah nak uji kita. Dia baru kasi kita warning je." Alhamdulillah.. semoga aku dapat membalas budi abah yg dah byk berkorban utk kami sekeluarga.

nani sayang abah..

by SUDIPCOMEL

Monday, November 22, 2010

Abah..


semalam, aku kat KT, jadi urus setia penyediaan akta geospatial. 2 3 hari aku hepi je kat sana. gelak2 dgn zu & nisha. tiba2, dpt sms drpd mak aku, abah kena paru2 berair & hati bengkak. aku call mak. mak kata 2 3 hari abah mengadu mcm nak lelah.. pastu pagi semalam pegi check kat SALAM, tu yg doktor kata abah ada paru2 berair n hati bengkak. abah kena masuk hospital tapi abah tangguhkan dulu. dia mintak doktor refer ke SJMC, panel hospital opis dia.

pagi ni, abah pegi keje macam biasa. by tghari baru dia pegi SJMC utk kasi surat drpd SALAM. pastu mak call ckp abah kena masuk CCU untuk dipantau. abah kena paru2 berair, jantung, kencing manis & hati dia bengkak. paru2 berair tu secondary infection sbb hati bengkak. abah kena rest byk & tak boleh byk cakap. doktor dah kasi ubat utk buang air kat paru2 & suntik insulin. mak kata byk wayar kat badan abah.. aku sedih sgt.. teramat sgt. agaknya itu sebab aku hepi je 2 3 hari ni.. rupa2nya nak dpt berita sedih. selama ni abah sihat je. tiba2 dpt tau sakit mcm ni.. Ya Allah.. tabahkan hatiku & kuatkan semangat aku utk hadapi semua dugaan ini..

by SUDIPCOMEL

Tuesday, November 16, 2010

Hannah Humaira

bila tengok video ni, meleleh air mata aku.. dah besar Hannah.. dah 3 taun.. masa ni dia dlm 2 or 3 bulan.

shaaaaayang Hannah !

by SUDIPCOMEL

Badminton

ari ni 1st time bawak Hannah main badminton kat court presint 18. memang awal2 aku dah plan dgn pijah nak bawak Hannah & Aqil main badminton ni. memula tu risau gak sbb takut dorg boring. ye laa.. apa la sgt budak 3 & 4 taun main kan. tapi aku tengok hepi je dorg main. seronok aku tengok dorg hepi.. thanks to pijah & Aqil sbb bagi sokongan kat Hannah.


by SUDIPCOMEL

Monday, November 15, 2010

What the #$^&#!!

bengang gile aku ngan pompuan nih!! ko apasal ha?? tak pasal2 nak moody2. malas la layan org mcm ni. sakit jiwa. kejap ko ok, kejap ko *&^$%*^$!! tapi kalau ngan jantan.. amboiiiiii.... jgn sampai aku hangin. kang mampos aku kerjakan.

AAAAAAAAAAAAARRRGGHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH !!



by SUDIPCOMEL

29 Ogos 2010

jam 8.30am aku sakit perut.. rasa mcm nak period tapi memulas2 yg luar biasa. mak mertuaku kata kalau sakit pergi klinik. aku biarkan aje sebab aku ingatkan false alarm je. tapi, aku musykil jugak sebab sakit kali ni lain sgt. setiap 10 minit sakit perut memulas2. namun, aku cuba buat tak layan sebab aku konfiden bukan sakit nak bersalin, sebab masa Hannah dulu lewat seminggu lebih.
jam 10.30am, sakitku makin menjadi2. melarat ke pinggang sampai aku takleh berdiri lelama. last2 mak mertua aku suh pegi Az-Zahrah. sepanjang perjln ke Az Zahrah, perut aku makin sakit. aku gagahkan juga utk tahan. husband aku dah risau sbb tak pernah tgk aku sakit mcm tu. sampai di Az Zahrah, bidan dtg tgk & dia suruh aku masuk wad sbb belum cukup bulan lagi. baru 33 minggu. tapi aku cakap sakit sgt & dia pun panggil Dr Fazlina. dr Fazlina check bukaan.. 6 cm !! terkejut aku.. terus dia suruh refer ke hospital Putrajaya sbb tak cukup bulan, takut baby kena duk dlm incubator. equipmt kat Az Zahrah xde utk baby yg x cukup bulan.

sekali lagi husband aku kelam kabut drive ke Putrajaya. kebetulan masa nak gerak, mak n abah aku sampai, terus amik Hannah. sepanjang perjln ke Putrajaya, sakitnya Allah saja yg tau. rasa mcm nak bukak pintu keta n berguling tgh jln. ini la sakit yg paling sakit yg pernah aku rasa. sampai di hospital Putrajaya, aku terus masuk labour room. dlm sakit2 tu nurse n doktor sibuk tanya. rasa nak terajang pun ada sbb sakit sgt, byk tanya lak. dorg tanya sbb nak tau la history aku.. ni sume gara2 husb aku lupa kasi surat refer yg dr Fazlina kasi tadi.

around 1.10pm, aku mula meneran. dalam 1.30pm, Zharif Haidar selamat dilahirkan secara normal dgn berat 2.3 kg, tak perlu masuk incubator. Alhamdulillah.. aku bersyukur sgt sbb dipermudahkan urusan aku bersalin. jln tak jam, labour room x ramai org.. sakit pun sekejap. yg paling aku lega, husb aku sempat tengok baby sebelum dia berangkat ke Netherlands.. Alhamdulillah..

note : gambar ni masa Zharif 2 bulan, berat 5.1 kg..

Monday, July 19, 2010

penat..

salam sume..

lama dah rasanya tak menyudipkan diri. maklum la bz sket. bukan apa, bz uruskan umah yg baru siap nih. haduii penat tol. penat otak, penat badan & penat poket gak la. al maklum la aku ni bukannya kaya sgt. budget ciput tapi nak wat mcm2. terpaksa la wat ikut priority dulu. skang ni aku asik mimpi psl umah je. mimpi psg grille la.. wiring la.. langsir la.. bli sofa la.. kemas pinggan nak pindah la.. mcm2.. selagi tak pindah, selagi tak tercapai hajat, selagi tu la dok mimpi.tapi bile la nak sampai hajat tu ek.. kena meniaga kat psr malam nmpaknya.. flea market ke.. skor A ke.. kedai Pak Aji ke.. tapi aku ni payah nak meniaga sbb hobi suka shopping. nnti brg yg aku nak jual x abis tapi aku yg hilang sbb pi shopping kat booth org lain. masalah gak tu. adoyaiii..
Webfetti.com

Wednesday, July 7, 2010

Mari menyanyi bersama-sama

Panjat satu satu
Jambu banyak buah
Dengar cakap cikgu
Insyaallah jadi pandai

.... ni la lagu yang anak aku nyanyi.. dia kata teacher kat sekolah ajar. Abang Aqil mesti tau lagu ni.

Thursday, July 1, 2010



Mari Menyanyi

Twinkle Twinkle Little estrellas..
cómo, me pregunto lo que usted está..
arriba el mundo tan alto..
como un diamante en el cielo..

Twinkle Twinkle Little estrellas..
cómo, me pregunto lo que usted está..
Webfetti.com

Friday, June 25, 2010

Bz giler siot!!

bz.. bz.. bz.. giler nak mampos. tahap dewa dah ni..

Tuesday, June 22, 2010

Sedey..

aku baru je baca blog yg benar2 menyentuh perasaanku.. ia mengisahkan ketabahan seorang ibu yg mempunyai anak istimewa. yg paling sedih, anak itu dilahirkan normal dan sgt comel. namun, disebabkan 1 peristiwa...

tak dapat aku bayangkan bagaimana perasaan seorang ibu bila berhadapan dengan situasi seperti itu. tidak semua org setabah itu.

tabahkan hatimu teman.. walaupun aku baru mengenalimu, namun aku dpt menyelam isi hatimu.

hanya Allah yg bisa membalas segala pengorbananmu itu..

Aii.. Sejuknya..

pepagi lagi dah hujan. sejukk.. aii.. kan best kalu dpt lepak je kat katil hujan2 camni. hannah lak pepagi dah bangun. dia kata nak tulis. mcm wat keje skolah je. pastu dlm keta masa nak gi skolah, tido.. baguiiihhh...

Monday, June 21, 2010

1 little 2..

1 little 2 little 3 little indian
4 little 5 little 6 little indian
7 little 8 little 9 little indian
10 little indian boys..

heheheh.. nyanyi ngan hannah..

Friday, June 18, 2010

Dating ngan Fatinsss

..heheh baru balik dating ngan Fatins kat Jusco tadi. jusco mana lagi.. Equine Park lee.. itu aje yg dekat. mkn kat Pizza Hut. pas mkn, kitorg tertarik lak nak tgk booth org jual seterika. memula ushar je.. malas nak pegi. tapi tgk begitu user-friendly skali seterika tu. terus pegi n tengok dia demo. hebat tuuu.. leh wat facial ngan dry cleaning ngan seterika tu. so pas ni leh la aku bukak kedai facial, fatin bukak kedai dry cleaning. hahahahha.. ade sesape berminat?? meh la. satu lagi kelebihan seterika ni, leh seterika kat hanger je. so sambil dating pun buleh seterika baju. yg penting ade plug point. rega? rega betoi RM200++ tak ingat berapa. rega promosi RM129. hehehhee... apa lagi. sambar la 1 sorg.

Teringat aku..

teringat kata-kata cikgu masa aku form 2 dulu.

"You are the architect of your future. Think before you make decision because once you've made wrong decision, it'll ruin your life."


Thursday, June 17, 2010

Hotel oh Hotel

hmm.. mana ok ek nak stay kat kelantan? Renaissance of course la kan. tapi rate dia perrghhh.. aku nak pi miting je. kalu bercuti tu best gak. Perdana Hotel ni tutup lagi ke?? aku call tak dapat2. tengok review yg latest pun taun 2006. kalu tgk kat travel agent punye web site, dia kata close for renovation. takkan lama dah renovate tak siap2 lagi. Sutera Inn Prima macam best. rate pun ok. affordable. Crystal Lodge lak kalu ikut review mmg superb. tapi aku dah penah duk situ taun 2006 masa member aku Ja kawen. mcm dark water gak la. cun sket dari dark water. tapi tak tau la kot2 skang dah cun giler. tgk promo kat website mcm superb.

any suggestion or recommendation??? aku nak book hotel ni tapi tak tau yg mana. tulooonnnnsss..

Mari Makan Bersama-sama

hmm.. sedapnyaa.. ari ni aku breakfast kentang + bilis goreng bersambal dengan nasik. hehehhe.. pepagi dah makan nasik putih. ni husband aku la masak kentang ni sedap sgt. menggoda jiwa dan raga.

jemput makan..

Wednesday, June 16, 2010

mari makan roti

mari la mariiii.. makan rotiii.. disapu dengan planta... lalallaaaa..

Tuesday, June 15, 2010

Nak balik

nak balik.. nak sidai baju hannah.. pastu nak prepare for dinner.. tonite i'll be cooking carbonara pasta. simple.. buat byk sket pastu sok bawak bekal. heheh.. pemalas tol.

AARRGGGGHHHH !!!!

apasal laa takleh nak upload gambo nih? kalu guna line opis asyik takleh je. tapi kalu kat umah abah aku ok je..

Monday, June 14, 2010

Road Tax

legaa road tax dah dapat. semuanya guna myEG.

(hehehhee.. promote baekk punye mcm ade share)

hadulaa..

perrghhh... siap gak blog aku ni. nak cantikkan kunun. tapi tak reti.. brape ari dah aku try. ni baru siap.. takpe.. usaha tangga kejayaan..

Thursday, June 10, 2010

tiba-tiba..

tiba-tiba aku terpanggil untuk bukak website SPCA. teringin nak jadi fosterer or volunteer tapi... aku takut kalau mati ke sakit ke.. nanti aku sedih sangat. rasa bersalah sangat.. kadang-kadang aku terfikir, penatnya jadi diri aku yang terlalu pencinta haiwan.

i wish i could help those animals.. give them shelters.. save them from cruelties.. but i can't afford..

Wednesday, June 9, 2010

yeyey!!

yey!! i've received my driving license. cepat tol.. bagus skali..

iklan : PERBAHARUILAH LESEN MEMANDU ANDA MELALUI MyEG.. MUDAH..

Tuesday, June 8, 2010

tudei is tuesday

ngantutnyeee.. mlm td xleh tido sgt. tetiba lak terpikir lesen n road tax mati bulan ni. adoyaiiii.. semekin lagi aku.. pagi ni terus je aku buat lesen. kat mana? JPJ? post office? tak main laaa.. aku guna myEG laaaaa... senang.. guna jari pun boley. bila teringat tu baik buat cepat. nnti jadi mcm masa aku bujang dulu.. 6 bulan bawak keta xde lesen. aku perasan lesen mati lmbt lagi.. ropa-ropanyaa.... dah la bawak cam org gile kan. sib baik takde lak kena tahan masa road block. kalu tak.. masak laaaa aku kena ngan pak polisi tu.
hmm.. lesen dah setel.. road tax je la lom lagi. tgk tadi dia nak detail psl keta. sok je la aku buat sbb dokumen tinggal dlm keta.

Friday, June 4, 2010

Bring Me To Life by Evanescence

How can you see into my eyes like open doors?
Leading you down into my core where I've become so numb
Without a soul, my spirit sleeping somewhere cold
Until you find it there and lead it back home

Wake me up
(Wake me up inside)
I can't wake up
(Wake me up inside)
Save me
(Call my name and save me from the dark)

Wake me up
(Bid my blood to run)
I can't wake up
(Before I come undone)
Save me
(Save me from the nothing I've become)

Now that I know what I'm without
You can't just leave me
Breathe into me and make me real
Bring me to life

Wake me up
(Wake me up inside)
I can't wake up
(Wake me up inside)
Save me
(Call my name and save me from the dark)

Wake me up
(Bid my blood to run)
I can't wake up
(Before I come undone)
Save me
(Save me from the nothing I've become)

I've been living a lie
There's nothing inside
Bring me to life

Frozen inside without your touch
Without your love, darling
Only you are the life among the dead

All this time, I can't believe I couldn't see
Kept in the dark but you were there in front of me
I've been sleeping a thousand years it seems
Got to open my eyes to everything

Without thought, without voice, without a soul
Don't let me die here
There must be something more
Bring me to life

Wake me up
(Wake me up inside)
I can't wake up
(Wake me up inside)
Save me
(Call my name and save me from the dark)

Wake me up
(Bid my blood to run)
I can't wake up
(Before I come undone)
Save me
(Save me from the nothing I've become)

I've been living a lie
There's nothing inside
Bring me to life

batuk lagi..

aii.. batuk lagi aku nih.. smlm ngajar pon cmtu. suara mmg mcm bapok. tapi ari ni lagi kronik. bapok tahap dewa punye!! kalu korg dengar..

Thursday, June 3, 2010

nak pegi INSTUN

nak pegi INSTUN..
nak pegi INSTUN..
nak pegi INSTUN..
nak pegi INSTUN..

Tuesday, June 1, 2010

haduuhhhh..

penatnya.. lega penilaian sebut harga dah habis. tinggal nak sediakan report je. penat pulau redang pun lom hilang lagi. tapi... pasni aku kena memerah otak untuk ngajar kat instun lak khamis ni. penat.. penat..

Tuesday, May 25, 2010

Atas Nama Cinta.. by Rossa

aku wanita yang punya cinta di hati..
ada dirimu dan dirinya dalam hidupku..
mengapa terlambat cintaku tlah termiliki..
sedang diriku dengan dia tak begitu cinta..

mengapa yang lain bisa..
mendua dengan mudahnya..
namun kita terbelenggu dalam ikatan tanpa cinta..

atas nama cinta..
hati ini tak mungkin terbagi..
sampai nanti bila aku mati..
cinta ini hanya untuk engkau..

atas nama cinta..
ku relakan jalanku merana..
asal engkau akhirnya denganku..
ku bersumpah atas nama cinta..

Monday, May 24, 2010

ari ni nak siapkan slide nota.. aii nak kena ngaja lak kat INSTUN. topiknya.. Geoinformation Standard dengan Konsep Pangkalan Data GIS. perrghhh hebat tol tajuk. cam otai je. blasah je la..

Friday, May 21, 2010

zorro..

ni la si zorro. bukan kucing aku. tapi dia slalu dtg sejak aku dok dengkil dlm september 2006. last skali dia dtg masa awal2 hannah start dok dengkil.. rasanya dlm taun 2008. pastu lama x dtg. 2 3 ari ni dia dtg balik. bila aku panggil, terus lari dtg kat aku. ingat lagi dia aku panggil dia zorro. masih comel walaupun telinga senget sebelah sbb kurap. hehehheeee...

nak balik shah alam..

nak balik shah alam..
nak balik shah alam..
nak balik shah alam..
nak balik shah alam..

mkn free

smlm aku pi alamanda ngan fatin.. asalnya nak pos surat je. tapi fatin nak join, ok je. kitorg mkn kat secret recipe.. aku makan curry laksa. sedappppp... lagi sedap sbb fatin yg belanja. ehehehhh.. kalu tau dia nak belanja, aku order lagi yg mahal2.. jgn marah ekkk fatinsss...

Wednesday, May 19, 2010

It's been a while..

Salam sume.. heheh lama rasanya tak menulis. Penat la. Ye la kat opis pun menulis gak keje aku. Bukan apa.. I’ve been busy doing my surat pekeliling untuk bengkel kat PD last week. Hebat tol surat pekeliling kali ni. Ingat kat PD leh abis tapi to be continued laks. Tentatively, somewhere in July kat New Castle. Jauh tuuuuu… kalu hiway tu best mcm PLUS xpe gak.. pi Perlis pun aku sanggup. ini… (takyah ckp la.. kang org pantai timur keci kati lak). Aku dh slow talk ngan bos kecik aku, buat kat tempat lain. Dia pun setuju, tapi tak tau la. Kalu big boss nak gak, nak buat cmner. Terpaksa la aku menggoda husbandku yg terchenta. Dia memang tak kasi aku drive ke New Castle tu, nak2 dlm keadaan aku yg boroi skang ni. Hmmm.. apa pun just wait for my big boss laa.. ye laa keje gomen kan. Kang lawan kang kata derhaka terhadap majikan lak..

Monday, May 3, 2010

ngantutsnyerrrsss..


aihhh... ngantutsnyersss... kalu dpt bantal n katil ni best nih.

writing.. thinking.. writing..

hmm.. i've to finish my writing before this thursday. malasnyeee!!! i'm tired of thinking & writing all d time. tukar seksyen??? nak masuk seksyen mana? sigh...

Thursday, April 29, 2010

genap 5 tahun..

..hari ni 29 April 2010, genap 5 tahun pemergian Tok Wan. walaupun telah 5 tahun, aku masih lagi menangisi pemergian Tok Wan. untuk apa aku menangis? sedangkan aku tahu Tok Wan takkan kembali. mungkin aku menangisi kekesalan yang tidak berkesudahan dalam diriku.. sampai bila? ntahlah.. aku pun tak tahu..

semoga Tok Wan tenang di sana. Al-Fatihah buat Tok Wan.

Thursday, April 22, 2010

Hannah dah discharged..

..Alhamdulillah Hannah dah discharged ptg semalam. tp next tuesday kena follow up.

Wednesday, April 21, 2010

WTF !!!!

bengang giler ngan pakcik sorang ni!!! dia yg suh wat miting ari ni lepas menteri setel. aku dh agak x jd. menteri biasa la kan. mesti drag je miting. aku x kisah batal tp bertanggungjawab la sket pakcik oiiii... memang ko takde telo la! ada telo pon telo pindang!! dia blah cmtu je sedangkan aku dh psg laptop n projektor. a** h** betol! dah la aku x tido nak siapkan keje pekeliling tu dgn hannah sakit lg. kalu tau aku ikut je kepala hotak aku xnak dtg. yy dah tlg bengang utk aku. zurai pon kesian kat aku. itu la bos yg x pakai otak. otak ade kat dlm telo pindang kot. #^&%@*%*&#*#((*#(#*&(*_(**&**#&*&###$%#@&&!!!!

Hannah oh Hannah..







18 April 2010 (Ahad)
Hannah bangun pagi menangis sebab susah sikit nak bernafas. tapi lepas dudukkan dia, dia ok sket. boleh nyanyi2 & gelak2 lagi. around 0830 bawak gi Salam Medical Centre kat Shah Alam. dr kata xde pape. cuma tekak merah. tapi aku n husband suspect krup, mcm yg Hannah penah kena sebelum ni.
19 April 2010 (Isnin)
around 0330, Hannah menangis lagi. kali ni sesak nafas dia teruk. dada berombak sgt.. terus bawak ke Salam Medical Centre. sampai sana aku harap dr kasi gas. tp sama gak mcm dr pg semalam ckp.. tekak merah je. dia sesak nafas sebab temperature panas sgt. kepala hotak dia! aku still yakin yg Hannah kena krup.
around 0730, aku & husband bawak Hannah ke Az Zahrah Islamic Medical Centre. terus dr Nazim attend. mmg confirm Hannah kena krup. dr terus kasi gas & kena hospitalised. kesian... bila tanya "Hannah kita kat mana ni?" Hannah jawab, "Kita kat Alamanda la." kecik lagi dah kena masuk wad. start pada tu la Hannah menjalani rutin as a patient. mkn ubat, check temperature, check oksigen, amik gas, sponging etc. but Hannah still as happy as usual.
20 April 2010 (Selasa)
kul 0800 Hannah bangun, terus aku mandikan dia. she was not very happy. lepas pakai baju dia mintak nak tido. dia kata dia pening & demam. ok la.. aku biarkan dia tido sambil aku habiskan keje mengarang surat pekeliling aku. abis je buat keje aku, around 1100, aku rasa badan Hannah panas sgt. terus mintak nurse amik temperature.. 39.9degree.. tinggi tu!!! terus nurse masukkan ubat bontot & buat sponging. kesian sangat.. temperature Hannah turun naik for the whole day.. aku tanya dr kenape lak ari ni blh demam. dr kata itu puncak serangan virus sbb tu demam tinggi.
around 2030, x-teacher Hannah datang tgk Hannah. Farah, Ain sefamily kecuali Ika sbb dia gi dating. siap bawak present lagi. susah2 je. lepas je dorang balik, Hannah demam lagi.. 39.2degree. aku mandikan dia & buat sponging sket sampai temperature turun.
21 April 2010 (Rabu)
around 0615 aku mandi & bersiap utk ke office. pegi gak la sbb ada meeting surat pekeliling. YY dah kecut. malas nak cite psl YY. nnti aku bengang. masa aku bersiap gak Hannah bgn. pastu pepagi lagi nurse dah kasi 4 jenis ubat utk dia makan. siannn... so far Hannah tak demam pagi ni. tapi td nurse amik sampel air kencing. hopefully xde apape la. kul 0730 husband aku sampai. dia lak jd baby sitter. hopefully sume ok & Hannah blh balik ari ni. kesiannnn sgt.
Notes : Krup (Croup) - radang kotak suara. jarang berlaku.
- simptom - batuk yg kosong & sesak nafas.

Thursday, April 15, 2010

tinggal kenangan..

tiba-tiba aku terpanggil untuk menulis.. menatap rumah usang ini, terkenang kata-kata terakhir tokwan aku kepada opah pada 25 April 2004.. "sempat ke tak nak tengok nani kawin." dan itulah kali terakhir aku berjumpa dengan tokwan sehingga aku mendapat panggilan daripada mak..

mak : nani.. tokwan dah takde..
aku : tokwan takde? tokwan pegi mana? (dengan bodohnya aku bertanya)
mak : tokwan dah takde.. dah meninggal..

terkedu aku seketika. terasa dunia berpusing, anggota badanku lemah.. ketika itu juga ingatanku melayang 3 hari sebelum itu.. 3 hari sebelum itulah tokwan dan opah berada di rumah mak abah aku kat shah alam. aku memang berniat nak jumpa dorg weekend tu. tapi entah kenapa, tokwan ajak opah balik 2 hari sebelum dia pergi. katanya nak bawak opah pegi klinik, sian lutut opah sakit balik. pada hari ke3 (hari tokwan meninggal), sebelah siangnya tokwan begitu tekun mengemas rumah. katanya nanti senang anak-anak & cucu nak berkumpul. dari pagi sampai petang dia berkemas seluruh rumah. malam tu, sebelum tokwan ke masjid untuk solat Maghrib & Isyak, tokwan cakap kat opah nak beli limau. opah angguk je. lepas solat Isyak, tokwan pun meneruskan hasrat untuk membeli limau tapi duit tertinggal. tokwan pun ke rumah anaknya (mak sedara aku) yang terletak dekat dengan masjid. masa naik bukit tu, enjin motor termati. tokwan cuba hidupkan motor tu beberapa kali & akhirnya tokwan rebah. nasib baik ada mamat kat seberang jalan nampak & terus menuju ke arah tokwan. masa tu tokwan dah lemah. mamat tu terus bgtau mak sedara aku & terus bawak tokwan ke klinik berhampiran. malangnya.. tokwan disahkan menginggal dalam perjalanan ke klinik....

aku terkilan.. terkilan yang amat sangat sebab aku tangguh untuk jumpa tokwan. aku terus lupakan berita gembira aku dapat masuk kerajaan. aku batalkan date dgn tunang aku untuk celebrate besdey aku keesokannya. aku terus balik shah alam dengan deraian air mata. malam tu jugak aku sekeluarga balik ke kampung. betul kata tokwan.. senang anak cucu berkumpul. untuk apa? rupanya untuk menangisi pemergian tokwan. Al-Fatihah.. semoga roh tokwan ditempatkan di kalangan orang beriman & dicucuri rahmat. nani mintak maaf, tokwan. nani sayang tokwan. sayang sangat.

so korang.. hargailah orang yang korang sayang masa dorang ada. jangan jadi macam aku. aku hargai tapi aku leka dengan dunia aku. sampai bila2 pun aku tak dapat maafkan diri aku.

sedih..

..pagi semalam aku dapat berita kucing kesayangan adik ipar aku, Johnny mati. kesian.. masa sakit teruk, dia survive. dah sampai masa nak mati, sakit kejap je pagi tu, terus mati.. mesti adik ipar aku sedih sgt. kucing tu dia selamatkan masa kat hostel kat Unisel Btg Berjuntai, 3 yrs ago. xpe la.. biar dia pergi..

....teringat Nopy.. kucing yang manja sangat dgn aku, mati sebab sakit FIV, after 3 yrs survived. sedih... pergilah Nopy, drpd siksa tanggung sakit..
notes : picture of my Nopy

Thursday, April 8, 2010

8 years of declaration..























...Happy Declaration... ari ni 8 taun dah declaration aku n abe saye aku. tak sangka dah 8 taun. masa tu dating kat 1 Utama, Dave's Deli (skang dave's deli tu dh pindah ke wing baru, yg lama tu dh jd kedai bah kut teh). masa abe saye aku meluahkan perasaan, hanya Tuhan je yg tau betapa berbunga2nya hati aku.. heheh..mcm x penah bercinta sblm tu. tapi.. bukan nak kata apa.. perasaan masa tu lain sgt dgn couple2 sblm ni. mungkin itu la yg dinamakan jodoh. dgn muka aku yg merah sbb kemalu2an (husband aku la ckp), aku x sanggup menatap wajah boipren aku (masa tu) sbb terlalu malu. heheheh.. poyo je..

walau apa pun... semoga jodoh kitorg berkekalan hingga ke akhir hayat..

Monday, April 5, 2010

monday oh monday..

ari ni aku lmbat giler masuk opis.. kul 1430 beb! sebab apa? bukan suka2 aku je nak dtg opis lmbt giler cmtu. tp Hannah demam. kul 0100 td panas giler bdn die. apa lagi dgn kemahiran & kepakaran yg ade, aku pon menyumbatkan ubat demam melalui saluran penyahtinjaan Hannah. sib baik aku terer.. hahah riak la pulak. Astaghfirullah..
hmm.. slalu la demam ari senin, pastu time aku mmg xleh nk cuti sbb ada keje urgent. sib baik la che' abang aku xde hal. so dia la jd baby sitter lepas balik Az Zahrah td. tu laaa... bersuka ria sgt Hannah kat PD ari tu. pantang jumpa air. x puas main laut, mandi kat swimming pool. x puas lagi mandi dlm bath tub laks.. mmg la hantu air anak aku ni. agaknya ni la penangan mkn biskut tiger n mandi laut masa pregnant dulu. hehehehhh..
malam ni, apa lagi. terpaksa la pos laju Hannah ke rumah ibu/bapa/penjaga aku kat Shah Alam. suka la warga umah tu..

Saturday, April 3, 2010

keje.. keje..

..ari ni aku kat Le Paris Hotel, PD. dari khamis malam dah aku lepak kat sini. buat apa??? Mesyuarat Penilaian Tender/Sebut Harga laaaa... suka beno wat weekend. tapi sib baik la ce' abang aku ikut. katanya nak bawak Hannah jenjalan.
..skang ni aku tengah melanguk kat bilik meeting sbb turn aku dah abis pg td. ngantuts siot.. xpe la.. SYMP kan. buat je la.
..ok la buhsan laks aku baca apa yg aku tulih. sambung ari lain la.

Tuesday, March 30, 2010

teringat aku..














































..petang2 camni tetiba aku teringat kisah malam tadi.. heh.. tu tini tenot tu ingat aku bunuh setan la tu.. bukannn laaaa... aku teringat malam tadi husband aku mkn maggi kari. pastu hannah tengok aje. beberapa minit kemudian, dia ckp, "mama, nak mi." aku pun pegi dapur n amik la pasta bentuk ABC karbonara tu. dia mkn sikit je pastu kata dah kenyang.




dalam kul 10.00 pm cmtu, dia mintak susu. aku pun buat la. ingatkan dia nak tidur terus. pastu abis je susu dia ckp, "papa.. hannah nak makan mi.." nak meleleh air mata kitorang disebabkan permintaan budak kecik tu. maknanya dia mmg betul2 nak makan mi. aku pun masak la maggi ayam untuk dia. memang dia makan. so.. korang sok2 kalu anak mintak tu kalu buleh tunaikan la especially makanan ni. kesiannn...










wajah-wajah ceria..

slrrprppppp... shedhapnfyeee... lapho hakphu niii..



ngaaaaaaa...



































ada tak mcm rupa EN. AZIZ??











hepi besdey tu yuuuu...






















"kawan baik"












3 minah POYO yg sedang kegersangan..














cuba teka..


cuba teka.. mana satu aku???

adoiyaiiiii..

aahh.. ari ni br ade masa nak ngayat blog aku nih. last week aku MC sbb sakit mata, tekak, batuk n nak demam. siot tol! pakej lengkap lak tu. smlm masuk keje je kena check email2 penting. biasa la sehari x masuk keje pun email dah berlambak. ini 3 ari... perrghhh masak beb.

pastu melanguk kat bilik afzan lak buat report tender sebut harga. khamis ni nak kena gi Le Paris Hotel & Resorts, PD sampe ahad. huhuhuuuu... sib baik my beloved husband kata nak ikut. kalu x, kena la post si kecik tu ke rumah ibu bapa & penjaga aku kat shah alam. ni sambil aku mkn biskut hup seng, leh la aku ngayat jap sbb pas ni nak check report tender. kang abang aji nak. nak kena setel by tomorrow.. hopefully laa sbb lusa dh kena gerak ke PD. aiii kalu habaq kat abah aku musti dia berbulu je sbb kena keje weekend.. apa nak buat, abah... anak abah ni keje gomen. SYMP kan.

Tuesday, March 23, 2010

sakitnyeeee...


aduuuiii.. sakitnyee la tekak aku ni. dah la sakit tekak, batuk lak. smlm dah EL, rasa cam nak demam. pepagi lagi pija call tanya nak bekpes tak. siann dia. hmm.. tapi ye la.. dok umah pon tak rehat gak. selagi leh bangun tu adeeee je bende nak buat. semalam siap nyapu, mop lantai, basuh baju, masak etc. dgn hannah lagi nak kena layan. tetiba kakak tini tenot sms ajak karaoke. aku pun menjawab la dgn panjang lebar. tup.. tup.. dia balas, "saje je nyakat". hampess!! sah2 dia tau aku sakit tekak agaknya. penat je aku menaip dgn begitu khusyuk.