Hi guys..

Feel free to leave your comments..

Monday, April 7, 2014

Cuba jadi isteri yg baik..

by SUDIPCOMEL

Thursday, April 3, 2014



by SUDIPCOMEL

Wednesday, April 2, 2014


by SUDIPCOMEL

Tuesday, April 1, 2014

Assalamualaikum & salam sejahtera uolls..

Lama tol tak menyudip.. Bape taun dah?? Hehehe.. Ok la.. Nak cite sket..

Ari ni masa lunch time, cam biasa aku gi sekolah Hannah (haaa Hannah dah darjah 1 tauuu..).. Kasi dia makan, tukar kain KAFA sume la. Masa kat sekolah tadi, ada la bunyi puppy kat tiang gol kat padang sekolah (kantin ngadap padang).. Memula tu aku kata aloloo comey je.. Pastu, aku tengok puppy tu asik laaa kat situ. Perati betul2 rupanya dia tersangkut kat jaring gol tu.. Aku pun mula la kesian. Kalu biar kang mati lak puppy ni. Maklum la penchenta haiwan tahap dewa.. Sib baik la Jibah (mak kepada kawan Hannah) ni Doktor Haiwan yg dah sah2 suka binatang gak kan. So, lepas Hannah & Yaya (kawan Hannah) makan, kitorg terus turun ke padang. Kat situ ada beberapa budak tgh cuba nak tolong gak tapi depa takut kot.. Maklum la anjing kan haram utk disentuh.

Aku pun tanya "sape ada gunting?" pastu ada sorg budak tu dgn penuh keprihatinan menjawab "saya ada gunting, puan" (ntah nape tah panggil aku puan.. sib baik tak panggil makcik.. hahahhaa) Aku pun amik gunting tu & gunting la jaring2 yang tersangkut kat puppy tu. Memang teruk gak puppy tu terperangkap.. Jaring terbelit kat leher & kaki. Lidah dia dah berdarah dah.. Siannn sgt. Jibah lak tolong pegang.. Memula pegang jaring.. Tapi sbb susah sgt, puppy tu tak duduk diam sbb dia takut. Nampak la muka puppy tu takut. Jibah pun menggunakan kepakaran beliau sebagai Doktor Haiwan, pegang & gosok puppy tu. Aku tun terkena gak badan puppy tu. Takpe.. Darurat nak selamatkan dia. Kalu tak tu, kompom mati sebab terjerut atau lapar atau sejuk atau panas.. Masa keje2 menyelamat tu mmg ramai la bebudak berkerumun tengok kitorg.. Pd minit2 terakhir masa keje2 menyelamat tu, dtg la brader guard ni.. "cmne cikgu? boleh?" (cikgu pulak.. takpe la.. janji puppy selamat).. brader tu pun tolong gak.. Akhirnya, puppy tu pun berjaya dilepaskan.. Masa dah berjaya tu, bebudak pakat sorak "YEAYYY!!!" sib baik takde tepuk tangan. Kalu tak, sah2 mcm cite hindustan kan.. Semoga puppy tu selamat la.. Siannn dia.. Pastu, sesi pencarian tanah untuk keje2 samak pulak.. Hehehhee..

Bagus gak Hannah & Yaya (anak Jibah) tengok keje2 kebajikan melibatkan haiwan mcm ni. Biar dorg belajar haiwan pun makhluk Allah jugak. Dorg berhak dilayan dengan sewajarnya.


by SUDIPCOMEL

Monday, November 29, 2010

Sedarlah..

Alhamdulillah.. itu je yg aku mampu ungkapkan lepas abah selesai jalani engiogram test. doktor kata jantung abah ok, ada la sempit sikit saluran tapi boleh treat dgn medicine. so, skang ni doktor nak treat nadi abah lak. tapi still xleh buat sbb jantung abah masih bengkak. kena tunggu surut dulu.

sebenarnya, kes abah ni jarang berlaku. abah ni kira kes kedua kat SDMC (formerly known as SJMC). nadi abah bergerak terlalu laju, macam kita berlari. tapi jantung abah slow. so, agak bahaya sbb bila2 masa blh collapse doktor kata. doktor kata macam short circuit.. ntah aku pun x faham sgt term penyakit ni. sbb tu abah kena duk kat CCU (coronary care unit). sabtu ari tu abah dah boleh balik rumah. nadi abah dah turun. tapi abah kena rest yg cukup utk sebulan setengah. pastu abah kena gi follow up utk treat nadi pulak.

walau apapun, aku bersyukur ke hadrat Ilahi kerana abah selamat. aku betul2 insaf dan sedar bahawa aku tak mampu kehilangan abah. mak aku ckp, "Allah nak uji kita. Dia baru kasi kita warning je." Alhamdulillah.. semoga aku dapat membalas budi abah yg dah byk berkorban utk kami sekeluarga.

nani sayang abah..

by SUDIPCOMEL

Monday, November 22, 2010

Abah..


semalam, aku kat KT, jadi urus setia penyediaan akta geospatial. 2 3 hari aku hepi je kat sana. gelak2 dgn zu & nisha. tiba2, dpt sms drpd mak aku, abah kena paru2 berair & hati bengkak. aku call mak. mak kata 2 3 hari abah mengadu mcm nak lelah.. pastu pagi semalam pegi check kat SALAM, tu yg doktor kata abah ada paru2 berair n hati bengkak. abah kena masuk hospital tapi abah tangguhkan dulu. dia mintak doktor refer ke SJMC, panel hospital opis dia.

pagi ni, abah pegi keje macam biasa. by tghari baru dia pegi SJMC utk kasi surat drpd SALAM. pastu mak call ckp abah kena masuk CCU untuk dipantau. abah kena paru2 berair, jantung, kencing manis & hati dia bengkak. paru2 berair tu secondary infection sbb hati bengkak. abah kena rest byk & tak boleh byk cakap. doktor dah kasi ubat utk buang air kat paru2 & suntik insulin. mak kata byk wayar kat badan abah.. aku sedih sgt.. teramat sgt. agaknya itu sebab aku hepi je 2 3 hari ni.. rupa2nya nak dpt berita sedih. selama ni abah sihat je. tiba2 dpt tau sakit mcm ni.. Ya Allah.. tabahkan hatiku & kuatkan semangat aku utk hadapi semua dugaan ini..

by SUDIPCOMEL

Tuesday, November 16, 2010

Hannah Humaira

bila tengok video ni, meleleh air mata aku.. dah besar Hannah.. dah 3 taun.. masa ni dia dlm 2 or 3 bulan.

shaaaaayang Hannah !

by SUDIPCOMEL

Badminton

ari ni 1st time bawak Hannah main badminton kat court presint 18. memang awal2 aku dah plan dgn pijah nak bawak Hannah & Aqil main badminton ni. memula tu risau gak sbb takut dorg boring. ye laa.. apa la sgt budak 3 & 4 taun main kan. tapi aku tengok hepi je dorg main. seronok aku tengok dorg hepi.. thanks to pijah & Aqil sbb bagi sokongan kat Hannah.


by SUDIPCOMEL

Monday, November 15, 2010

What the #$^&#!!

bengang gile aku ngan pompuan nih!! ko apasal ha?? tak pasal2 nak moody2. malas la layan org mcm ni. sakit jiwa. kejap ko ok, kejap ko *&^$%*^$!! tapi kalau ngan jantan.. amboiiiiii.... jgn sampai aku hangin. kang mampos aku kerjakan.

AAAAAAAAAAAAARRRGGHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH !!



by SUDIPCOMEL

29 Ogos 2010

jam 8.30am aku sakit perut.. rasa mcm nak period tapi memulas2 yg luar biasa. mak mertuaku kata kalau sakit pergi klinik. aku biarkan aje sebab aku ingatkan false alarm je. tapi, aku musykil jugak sebab sakit kali ni lain sgt. setiap 10 minit sakit perut memulas2. namun, aku cuba buat tak layan sebab aku konfiden bukan sakit nak bersalin, sebab masa Hannah dulu lewat seminggu lebih.
jam 10.30am, sakitku makin menjadi2. melarat ke pinggang sampai aku takleh berdiri lelama. last2 mak mertua aku suh pegi Az-Zahrah. sepanjang perjln ke Az Zahrah, perut aku makin sakit. aku gagahkan juga utk tahan. husband aku dah risau sbb tak pernah tgk aku sakit mcm tu. sampai di Az Zahrah, bidan dtg tgk & dia suruh aku masuk wad sbb belum cukup bulan lagi. baru 33 minggu. tapi aku cakap sakit sgt & dia pun panggil Dr Fazlina. dr Fazlina check bukaan.. 6 cm !! terkejut aku.. terus dia suruh refer ke hospital Putrajaya sbb tak cukup bulan, takut baby kena duk dlm incubator. equipmt kat Az Zahrah xde utk baby yg x cukup bulan.

sekali lagi husband aku kelam kabut drive ke Putrajaya. kebetulan masa nak gerak, mak n abah aku sampai, terus amik Hannah. sepanjang perjln ke Putrajaya, sakitnya Allah saja yg tau. rasa mcm nak bukak pintu keta n berguling tgh jln. ini la sakit yg paling sakit yg pernah aku rasa. sampai di hospital Putrajaya, aku terus masuk labour room. dlm sakit2 tu nurse n doktor sibuk tanya. rasa nak terajang pun ada sbb sakit sgt, byk tanya lak. dorg tanya sbb nak tau la history aku.. ni sume gara2 husb aku lupa kasi surat refer yg dr Fazlina kasi tadi.

around 1.10pm, aku mula meneran. dalam 1.30pm, Zharif Haidar selamat dilahirkan secara normal dgn berat 2.3 kg, tak perlu masuk incubator. Alhamdulillah.. aku bersyukur sgt sbb dipermudahkan urusan aku bersalin. jln tak jam, labour room x ramai org.. sakit pun sekejap. yg paling aku lega, husb aku sempat tengok baby sebelum dia berangkat ke Netherlands.. Alhamdulillah..

note : gambar ni masa Zharif 2 bulan, berat 5.1 kg..